Aku ingat lagi kali pertama aku kenal Epoi, waktu tuh orentasi Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) ataupun nama sekarang Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Aku & 1000 orang yang lain adalah pelajar baru, waktu tuh kami semua duduk dalam Dewan Al-Muktafi Billah Shah. Lepas tuh ada seorang senior tanya “siapa dari Perak angkat tangan”, aku pun angkat lah tangan sambil mata melilau nak tengok siapa lagi yang datang dari perak. Bila kepala aku pusing ke belakang ternampaklah Epoi mengangkat tangannya & what happens next? Kitorang pun kenal lah, haha, datang dari Perak, ambil jurusan yang sama, memori sedih pun lebih kurang sama (mak epoi meninggal sebab tongue cancer & bapak aku pun meninggal sebab tongue cancer gak).
Dari Epoi lah aku kenal Lutfy & the rest of them, tapi yang rapatnya just 3 of us. Bayangkan lah kalau shopping kat Rantau Panjang mesti bertiga, shopping kat Mydin Mall mesti bertiga, menDIVA pun bertiga gak,haha.
Bila dah graduated from KUSZA, lutfy apply Jordan, aku & epoi pula apply Mesir. Waktu tuh memang sedih lah sebab nak berpisah kan ngn lutfy. Timbul pula problem untuk apply ke Mesir sebab kami punya transkrip akademi xboleh keluar padahal application form dah nak kena hantar sebelum 30 Jun. last2 memang xsempat pun hantar application form tuh, aku dah duduk ternganga waktu tuh sebab aku xapply mana2 universiti dalam Malaysia. Nasib baik lutfy tolong untuk masuk ke university di Jordan.
Kalau ikutkan kitorang xboleh apply gak untuk Jordan sebab tarikh akhir hantar Jordan application form sama dengan mesir punya tapi kitorang gamble jer sebab lutfy kata dia nak tolong. Akhirnya bertiga jugalah kami di bumi anbiya’, tinggal pun dalam satu rumah gak, haha.
Bila duduk satu rumah nih macam2 kenangan pahit manis ada, maklum lah tinggal serumah kan, mesti perangai masing2 kita dah faham sangat, kalau kat KUSZA dulu maybe xtahu perangai masing2 sebab duduk asrama lain2. Tapi Alhamdulillah sampai sekarang kitorang still baik, still lagi contact antara satu sama lain walaupun sekarang epoi dah balik Malaysia sebab graduate, aku jer still di Jordan tp InsyaAllah this summer aku balik.
Dan semalam aku dikejutkan dengan berita tergempar, haha, epoi join audition untuk Imam Muda musim kedua. Memang aku terkejut gila waktu tuh sebab xsangka dia join audition tuh tapi itulah epoi, dia nih memang dianugerahkan dengan sifat yakin, maklum lah debat, pidato, pantun, deklamasi puisi, semua benda lah dia join hatta Akademi Debat Mu’tah pun hasil dari idea dia. Kalau lutfy pula lebih kepada bidang penulisan artikel, cerpen & puisi and banyak gak artikel dia keluar kat Berita Harian, Utusan & karya puisi dia pun dah dibukukan (aku sorang jer xberbakat sangat -__-“). Aku doakan korang berjaya dalam bidang masing2.
4 comments:
wah...like2x..... ;p
pas ni anan plak.. heee
nk tggu Imam Muda Kett ;p
apsal nama aku takde??!!~
Post a Comment