Assalamualaikum guys, baru2 nih aku dilantik jadi ketua kontijen atlet mu’tah untuk ke KARISMA IV di irbid. Pada yang xtahu apa tuh KARISMA, ia singkatan untuk Karnival Sukan Mahasiswa. Mula2 aku ingat kerja ketua kontijen nih senang jer, kumpul nama budak2 lepas tuh prepare untuk perarakan. Last2 bila buka e-mail, mak aih!! banyak gila kerja yang aku kena buat. Salah satu benda yang aku kena buat dalam must-to-do list tuh memang bagi otak aku bergerak sikit, aku kena buat video promosi untuk atlet mu’tah.
Aku dah tengok video promosi budak irbid punya, memang terbaiklah lagipun video tuh hasil sentuhan ajaib Abu Malik Studio (video dia semua memang terbaik). Dalam video promosi irbid tuh ditayangkan semua jenis game yang akan dipertandingkan.
Untuk video promosi mu’tah pula aku cadang nak buat bersiri, video yang pertama aku akan buat tentang bola sepak & team SBB. Untuk shooting & video editing dah settle & aku shoot time diorang tengah buat fitness and training. Untuk muzik background pula aku guna lagu “Price Tag” by Jessie J, kalau sesiapa yang perasan aku ada post lagu tuh sebelum nih. Kali pertama dengar lagu nih aku dah jatuh cinta pada rentak & liriknya that’s why lar aku choose this song. So harap korang enjoy dengan video nih erk walaupun kualiti gambar kurang, hehe.
0 comments:
Post a Comment