


Dengan Senyuman Dunia Menjadi Indah



Assalamualaikum & halulu guys. Semalam si fikri aka housemate aku xsihat sangat, dua tiga hari sebelum nih dia xlalu nak makan sangat, kalau tidur pun asyik terjaga jer so dia request kat aku yang dia nak makan sup ayam. So aku pun google la resepi sup ayam walaupun orang lain kata
“eley, senang sangat buat sup ayam, buat apa nak google resepi”.
Tapi hakikatnya aku xpernah lagi masak sup ayam sebab sup ayam bukanlah makanan favourite aku. Waktu aku tengah google tuh jumpa la satu resepi yang aku rasa cara masaknya agak lain sikit. Selalunya yang aku tengoklah, orang akan tumis bahan rempah lepas tuh baru masuk bahan yang lain, resepi yang aku jumpa nih pula suruh rendam bahan rempah dalam air panas sehingga air tuh suam lepas tuh toskan bahan rempah tuh, lepas tos tuh baru tumis bahan rempah yang telah direndam tadi dengan bawang yang dah dicincang.
Dan bila aku tengok komen pada resepi tuh semua tulis yang cara nih memang sedap gila & terus membuatkan aku teruja untuk masak sup ayam walaupun sebenarnya aku xminat sup ayam -__-“
Dan bila sudah siap masak ternyata sup ayam yang aku buat memang sedap, bukan aku yang cakap tapi housemate aku yang cakap, tapi xtahulah kalau diorang just nak ambil hati aku jer, huhu, tapi bagi aku memang sedap lar sebab banyak kali gak aku tambah makan (padahal lapar time tuh). So pada korang yang nak try aku dah sediakan resepi & cara masak kat bawah nih, selamat mencuba (^^,)
p/s : sorry sebab gambar xada, ini kerana lepas siap jer aku masak semua terus serbu meLANTAK.
Bahan-bahan ( 8org )
· 1 ekor ayam potong 16
· 1 labu bwg merah
· 2 ulas bwg putih
· 1 inci halia
· sebatang kulit kayu manis
· 4 kuntum bunga cengkih
· 2 kuntum bunga lawang
· 3 iji buah pelaga
· 2 bj kentang
· 1 btg lobak
· 1 mangkuk air panas br masak
· lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
· daun sup, daun bawang goreng
1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang

Salam guys, hope korang semua sihat2 belaka. Kali nih aku nak kongsi dengan korang cara2 bagaimana untuk menghafal sesuatu dengan lebih berkesan & cepat. Kita sebagai manusia nak atau xnak kena menghafal especially kalau kita student & tengah muda lagi bak kata orang2 tua “time muda lar hafalan senang masuk”, ada yang menghafal 30 juzuk Al-Quran, kalau xpun mungkin hafal surah2 yang penting yang kebiasaanya dibaca di dalam solat, kalau student pula kena hafal fakta atau formula2 tertentu.
So untuk memudahkan korang yang nak menghafal, aku ada method menghafal yang super awesome nih. Method nih dicipta oleh housemate aku si fatin baru2 nih & sesuai digunakan pada waktu exam. Bila aku tengok method yang dia amalkan memang agak terkejutlah sebab cara dia yang agak unik & otak xakan tension kalau amalkan method nih. Cara2 dia ada kat dalam video bawah nih so selamat mencuba, haha.

Assalamualaikum guys. Wah lama gila aku x update, sorry lah, kind a busy sebulan nih. Macam2 program aku kena handle, it starts with Mcd, KARIM, urusan hantar daop gaint balik Malaysia, Karisma IV, lepas tuh nak handle BKAPJ lagi. Nasib baiklah aku dikurniakan AMT yang terbaik, thumbs up untuk AMT BKAPJ sesi 2010/2011.
Bulan nih jadual melayari FB aku dah banyak tukar, haha. Selalunya aku akan on FB 24 hours, tapi sekarang nih just 6 jam jer, lagi 6 jam aku habiskan menonton tv & baki 12 jam untuk aku masak, tidur, kemas bilik & lain2 lagi.
Maybe korang akan fikir apalah yang aku tengok kat tv selama 6 jam tuh kan. Well aku suka layan Masterchef Australia, CSI Miami, Brothers & Sisters, xpun aku layan movies tapi show aku paling suka ialah Runway Project & Glee.
Mesti korang fikir apalah bestnya layan tv, bukan ada faedah pun, aurat terdedah sana terdedah sini, lagi dapat dosa adalah, siap ada setelit Hotbird lagi, opss, pada yang tahu apa itu hotbird senyap2 jer, pada yang xtahu apa itu hotbird jangan gatal nak pergi cari, haha.
Kalau korang nak tahu tv nih ada positifnya bagi sesiapa yang mencari & aku lebih suka fikir tv nih mendatangkan ilmu untuk aku. Daripada tv lah aku dapat belajar bahasa arab fusohah, banyak perkataan arab yang aku belajar dari subtitle kat bawah tuh. Kadang2 kalau aku xreti nak cakap dalam bahasa ammi, aku akan guna bahasa fusohah & aku dapat respon positif dari kalangan member arab aku. Dari tv juga aku improve aku punya English, dari korang duduk saja depan tv baik korang manfaatkan tv tuh.
Pesanan dari aku kalau korang nak duduk depan tv tuh at least sediakan kamus arab-melayu atau English-melayu, senang sikit bila tengah tengok tv dan keluar perkataan yang kita xtahu, terus buka kamus. Lagi satu sediakan buku nota yang kecil dan pen, kalau jumpa perkataan yang kita rasa sesuai penggunaan dia dalam dialog harian terus catit. Kalau korang malas sangat nak ambil dictionary & buku dalam bilik, aku suggest korang letak dictionary & buku tuh kat tepi tv, kan senang, xpayah nak ke bilik nak keluarkan semua tuh. Last sekali gunakan moto “layan tv, dapat ilmi”, selamat mencari ilmu.
Assalamualaikum guys, baru2 nih aku dilantik jadi ketua kontijen atlet mu’tah untuk ke KARISMA IV di irbid. Pada yang xtahu apa tuh KARISMA, ia singkatan untuk Karnival Sukan Mahasiswa. Mula2 aku ingat kerja ketua kontijen nih senang jer, kumpul nama budak2 lepas tuh prepare untuk perarakan. Last2 bila buka e-mail, mak aih!! banyak gila kerja yang aku kena buat. Salah satu benda yang aku kena buat dalam must-to-do list tuh memang bagi otak aku bergerak sikit, aku kena buat video promosi untuk atlet mu’tah.
Aku dah tengok video promosi budak irbid punya, memang terbaiklah lagipun video tuh hasil sentuhan ajaib Abu Malik Studio (video dia semua memang terbaik). Dalam video promosi irbid tuh ditayangkan semua jenis game yang akan dipertandingkan.
Untuk video promosi mu’tah pula aku cadang nak buat bersiri, video yang pertama aku akan buat tentang bola sepak & team SBB. Untuk shooting & video editing dah settle & aku shoot time diorang tengah buat fitness and training. Untuk muzik background pula aku guna lagu “Price Tag” by Jessie J, kalau sesiapa yang perasan aku ada post lagu tuh sebelum nih. Kali pertama dengar lagu nih aku dah jatuh cinta pada rentak & liriknya that’s why lar aku choose this song. So harap korang enjoy dengan video nih erk walaupun kualiti gambar kurang, hehe.
Salam perjuangan,
Entri kali nih aku nak cerita pasal my bedroom yang baru. Lagipun dah lama sangat aku x update blog nih. Wait a minute, yang baru?. Yup aku x cerita lagi kat korg yang aku dah berpindah dari Bayt Teruna Cool (TC) ke Bayt Kamar Seni. Macam familiar kan nama rumah aku yang baru nih. Rasa-rasa korg pernah dengar x nama “Kamar Seni” nih?. Bagi yang meminati muzik Indie mesti tahu punya. Kamar Seni adalah nama studio AG(Hujan). Berbalik pada rumah aku yang baru nih, asal nama rumah nih ialah Bayt Ehsan sebab senior yang duduk rumah nih dulu semuanya budak Selangor. So bila senior dah check out, aku & the gang pun check in dan kitorg tukar nama kepada Kamar Seni sebab latarbelakang kitorg yang sama, minat muzik. So aku nak kenalkan dulu housemate aku sebelum kita pergi jauh lagi, 1st namanya Muhammad Bin Othman tp korg boleh panggil dia Mamat or Madd but I prefer Madd. Madd nih dalam bidang muzik lebih kepada nyanyian, suara dia pun best & unik, kalau dia masuk jamban xsah kalau xmenyanyi. Tiap-tiap pagi korg boleh dengar suara dia melalak dalam bilik air. The 2nd one is Fikri Bin Fariduddin but his nickname is Fik UHS (Underground High School), dia nih boleh main drum & selalu gak jamming kat Malaysia dulu but now he’s studying here at Jordan so kat sini memang xada drumset. So kalau nak jamming kat Jordan nih dia guna drum software downloaded from the internet, so brilliant punya otak. The 3rd nih nama dia Ahmad Fatin Bin Suhaimi but we all panggil dia Fatin atau ten jer. Fatin punya specialize dalam gitar & of coz dia punya idol ialah Noh(Hujan) & AG(Hujan). As for me, aku pandai main music keyboard, itu pun sebab mama aku yang ajar. So berkumpulah kami 4 org di bawah satu bumbung Kamar Seni. Alhamdulillah setiap seorg dapat satu bilik & xperlu nak berebut. So setiap bilik kitorg nih ada nama sendiri. So nama bilik aku ialah “Studio B”. Studio B nih bilik kedua terbesar selepas Studio A (bilik Fatin), I wish Studio A is mine but Fatin dapat dulu. Waktu mula-mula aku masuk bilik nih memang mess gila, dengan debu & habuknya, lepas tuh dengan sampah lagi (rumah lama la katakan). Tapi Alhamdulillah sedikit demi sedikit aku kemas dan aku xsnap pix waktu mula-mula aku masuk kalau x aku dah boleh tunjuk kat korg semua. Sekarang nih bilik aku under renovation, almaklumlah DIVA kan. Bila dah siap renovate nanti aku tunjuk kat korg erk. Tadi pun aku kemas sikit kat pintu depan tuh, 8 beg sampah aku buang malam nih (hambik kau) tuh ada lagi yang aku xkemas, xtahulah berapa banyak beg sampah yang akan dibuang esok malam. Nih pun ada masa kemas rumah sebab tengah study week (next week dah final exam wey). So korg doakan aku boleh jawab exam & doakan juga supaya aku ada semangat untuk kemas rumah. Chiao ;p