Follow Me!!!

5 February 2012

7 cara kempiskan perut buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

1 December 2011

Bandar Pencungkil Gigi













31 October 2011

Lagu untuk Awak



Adele - Someone Like You lyrics | LyricsMode.com

21 October 2011

Anak Murid I okek!!


1 Saidina Uthman

From right : Afdlin, Luqman, Syakir, Idzham, Adam & Farid

p/s : nih bukan anak murid aku tapi nih anak murid USTAZ Lutfy.

2 October 2011

Awak~

Awak, walaupun saya tahu awak tawarkan bahu awak untuk saya mengadu segala cerita dan permasalahan tetapi percayalah bahawa banyak lagi cerita yang saya tidak beritahu pada awak. Semoga apa yang saya luahkan hari ini akan menjadi tatapan awak di sana nanti.


Awak, ketahuilah bahawa tiada orang lain selain awak yang bertakhta di hati ini. Awak yang membuka pintu hati saya disaat hati saya tertutup untuk orang lain. Walaupun saya tahu saya nih ibarat kekasih gelap tapi saya tak kisah, cukup bagi saya tahu yang awak sayang saya seadanya.

Awak, saya pernah bermimpi yang keluarga awak mengetahui hubungan kita kemudian mereka datang pada saya dan minta saya jauhkan diri saya dari awak. Keesokannya seharian saya menangis kerana takut mimpi itu menjadi kenyataan.

Awak, saya masih ingat lagi kenangan terakhir kita bersama di stesen pudu. Awak pergi meninggalkan saya dengan senyuman dan saya balas senyuman itu dengan air mata kerana saya ingat itulah kali terakhir saya boleh melihat senyuman awak tetapi akhirnya saya dapat peluang kedua untuk melihat awak buat kali terakhir di KLIA. Saya masih lagi ingat warna baju yang awak pakai dan saya masih simpan di hati kata-kata semangat yang awak berikan pada saya. Selepas awak check-in, saya menangis di dalam train sehinggalah saya sampai di rumah.

Awak, saya berharap apabila awak pulang satu hari nanti awak masih sayangkan saya walaupun sayang itu tidak seperti dulu lagi dan saya akan letak awak di hati ini buat selamanya.

Yang mencintai awak,
SAYA


p/s: cerita di atas nih diceritakan dari kawan aku yang amat menyayangi kekasih hatinya.

30 September 2011

I'm so sorry

Salam guys. Lama gila kot aku tak updatekan, well kind a busy actually. Maklumlah nak prepare balik malaysia, packing barang, beli souvenir lagi. Bila dah sampai malaysia busy pula dgn tunang and kahwin member, lepas tuh nak cari kerja lagi. Memang tak menang tangan la. Sekarang ni pun baru ada masa nak update blog. Well nak tulis panjang-panjang pun malas coz layan internet dalam hanset. Kalau ada masa lagi aku cerita erk and sorry guys. Muahxxxxxxxxxxxxx