Assalamualaikum guys, kali nih aku nak cerita pasal diri aku yang selalu disalahertikan. Benda nih berlaku start aku kat kolej lagi, waktu tuh 1st day aku kat kolej selepas 3 hari kena belasah dalam minggu orentasi. Hari pertama tuh semua orang busy tengok jadual, cari kelas & cari coursemates. Aku dah jumpa coursemate aku so aku pun terus tuju ke kelas pertama aku.
Bila jumpa kelas tuh aku terus masuk & duduk di seat belakang, tiba2 ada sekumpulan perempuan dalam 5 orang masuk kelas aku, budak lelaki yang lain terus macam tersipu malu2 & aku pula buat bodoh jer. 5 orang perempuan tadi terus duduk di belakang seat aku. Waktu tuh kami semua sedang tunggu lecturer jer, tiba2 aku dengar suara perempuan belakang memanggil nama aku “hanan!!”, aku pun pusing ke belakang dan jawab “yer”, tiba2 perempuan yang panggil nama aku tadi terus senyap & muka dia macam tersentap. Lepas tuh perempuan yang lagi seorang nih terus tanya aku “nama awak pun hanan ke?”, aku pun keBINGUNGan kejap, dalam hati nih confius sebab aku rasa aku seorang jer yang bernama hanan. Aku pun angguk jer kepala, rupanya ada budak lain yang namanya hanan juga dalam kelas tuh, aku ingatkan lelaki tapi yang bernama hanan tuh perempuan rupanya, punyalah aku malu gila waktu tuh.
Kejadian kedua pula berlaku di mu’tah university, waktu tuh 1st day aku masuk kelas English 101. Doctor pun ambil kehadiran dengan sebut nama semua orang, bila dia sebut nama “hanan”, aku pun angkat tangan, lepas tuh doctor tadi pun confius sebab ada lagi seorang yang angkat tangan & orang tuh adalah perempuan, budak arab yang lain terus gelak. Doctor tadi pun terus tanya aku “syusmak enta” (apa nama engkau), aku pun jawab “abdul hanan”. Waktu nih pun aku malu gak sebab semua arab gelakkan aku jer, lepas habis kelas pun usya2 aku lagi.
Yang ketiga nih pula berlaku kat dalam Facebook tapi yang nih aku xmalu lar,haha. Aku ada komen kat gambar member aku, dan kat situ juga ada tag dari member kepada member aku, aku xkenal pun siapa tapi perempuan lar & nama dia sama dengan nama aku. Tiba2 perempuan tuh pos komen kat wall FB aku, dia kata husband dia salah anggap, husband dia ingat yang komen kat gambar tuh isteri dia sebab nama hanan tapi dia pelik sebab gambar lelaki, husband dia ingat dia curang padahal tuh bukan isteri dia, tuh aku yang komen, haha. Nasib baiklah isteri dia terang balik kat suami dia, kalau x bercerai berai la jawabnya.
Dan kes yang terbaru berlaku semalam apabila ada seorang perempuan nih tegur aku kat YM, aku pun balaslah sebab aku ingat dia budak mu’tah, waktu tuh profile picture aku gambar adik perempuan aku dan baru jer pakai gambar tuh 2 minggu dan budak perempuan nih dah lama dah add aku. Lama gak kitorang chat, tiba2 dia tanya nama & aku jawab hanan, lepas tuh dia tanya umur aku & aku suruh dia teka, dia kata dia kena panggil aku kakak kot sebab gambar YM tuh nampak macam matang katanya, aku dah nak tergelak waktu tuh tapi aku layan jer dia & dia tanya nama penuh, maka aku pun tulis abdul hanan bin abdul rahman, lepas tuh dia balas balik “aik? Laki ke?”, aku pun balas “yup”, terus dia gelak, huhu.
Aku harap lepas nih aku x disalahertikan lagi, penat owh melayan kerenah manusia tapi itulah yang menceriakan hidup kita, hehe, senyumlah selalu.
7 comments:
hahahahha; mcm2 noo.. adek huda pun nama hannan gak; tapi x adelah seteruk anan kne..hahah~
hahha..nasib rh.
amboi huda..gelak sakan noo..haha..haha nsib bdn
lawak betoi beruang senyum :) hahahaha ( gelak sakan sakan mcm huda )
nih agi sorg erk..gelak je kje die..huhu
Ala xpe nan, bukan salah ko pun nk buh nama tu. Yang penting hepy je..
yup..btui2..jnji senyum sokmo..hehe
Post a Comment