Apa yang ada pada Zara? Cantik sangat ke? Glam sangat ke sehingga semua orang berbicara mengenai Zara, sanggup menghabiskan beratus dinar semata-mata untuk Zara. Tiap kali pergi Amman mesti jumpa Zara. Lepas lepak di Starbucks mesti pergi jumpa Zara, maklumlah setahun sekali sahaja barulah dapat jumpa Zara. Itu pun bermula dari disember sehinggalah penghujung februari, itu sahaja masa yang ada untuk diluangkan bersama Zara.
Bila jumpa Zara hati akan bernafsu, wajah dengan mudah akan mengukir senyuman lebar, tangan dengan gatalnya akan meratah tubuh Zara, mata pula akan menjadi bulat melihat kecantikan yang ada pada Zara, semua orang berebut untuk mendekati Zara.
Apabila berjaya mendekati Zara seolah-olah diri ini berada di awangan, kecantikannya boleh mencairkan hati sesiapa sahaja. Tengok nama sahaja sudah tahu bahawa Zara nih ada class, ada standard.Bukan di Jordan sahaja malah Zara juga terkenal di Malaysia, namanya menjadi singgahan di bibir manusia.
Kepada rakan-rakan di luar sana, berhati-hatilah apabila anda meluangkan masa bersama Zara. Bukan takut berleluasanya maksiat tetapi takut wallet anda akan kopak kerana Zara nih bukannya manusia tetapi merupakan jenama pakaian ready to wear yang meningkat naik dipasaran dunia. Aku nih dah hampir JD120 approximately RM600 habis untuk beli Zara (waktu ada sale jer aku beli). p/s berbelanjalah dengan bijak, beli waktu bila ada sale sahaja.
0 comments:
Post a Comment