Follow Me!!!

23 November 2010

::Hey Hey UHS::

22 November 2010

::Sup Lidah::

Aku rasa cerita gossip artist, tabloid ni semuanya sangatlah low class. Membazir masa dan ntah apa-apa. Tapi, benci-benci pon, gatal jugak nak baca dan ambik tahu kan? Aku rasa itu sama kes dengan anon atau stalker atau manusia dengki yang benci sesorang tapi gila gelabah nak tengok apakah kisah terbaru orang tu.

Contohnya, ada blog, dia usha, ada fb pon usha, ada twitter usha juga, lepas tu ada can je mulalah nak kutuk, nak hentam, tapi semestinya beridentitikan anonymous. Macam ruangan gossip kat dalam surat khabar tu, semua nama samaran. Beranilah nak menjaja cerita dah identiti tidak terbongkar. Huh. Menyampah I.

Lepas tu yang tukang supporter atau yang akan dipanggil oleh si pembenci 'kipas susah nak mati' akan kata dan guna ayat ayat seperti, "kalau tak suka takyah lah tengok/baca/komen" atau "dengki sebenarnya si anon tu" dan sewaktu dengannya. Sungguh klise dialog yang akan berlaku, tapi kadang-kadang seronok jugak layan. Manusia ni memang semulajadi kepochee. Tipulah kalau tak tertarik langsung bila dengar gossip, lagi-lagi tentang orang yang kita kenal. Lepas tu, pepandailah kalau anda pulak nak sebarkan gossip tu atau simpan saja untuk pengetahuan am sendiri. Hehe.

Apa-apa pun, fitnah, mengumpat, mengata tu dosa besar. Pandai-pandailah kamu jaga lidah anda itu. Kat neraka nanti tak pasal-pasal jadik sup lidah. Dulu masa zaman belajar memang rajin gak duk gossip, yelah dah ada geng ramai-ramai, jadi secara automatik akan rasa diri tu 'betul' sebab ramai yang setuju. Walaupun ada benarnya, kalau boleh takyah lah nak sebar-sebarkan pada yang lain kan. Lagi-lagi yang tak tahu menahu apa-apa, tak pasal-pasal benci ngan orang yang dikata tu. Dah jadi mengaibkan orang. Tapi kadang-kadang tu secara tak disedari. Sebab? Dah biasa sangat.

So kena lah ingatkan diri. Tak perlulah duk ngata orang. Kalau nak ngata kutuk je depan-depan dengan penuh keikhlasan. Ada berani?

28 September 2010

::Amanat Terakhir::

Tiada apa yang dapat ku berikan hanya doa iringan dariku, semoga kepulanganmu menggegarkan dunia.Sahabatku Mohd Adi Amzar Bin Muhammad Nawawi - Mantan Presiden BKAPJ 09/10

11 September 2010

::Shopping raya JD5, Satay xberlidi::

Tahun nih merupakan tahun ke 3 aku beraya di bumi perantauan. Kadang-kadang rasa macam nak nangis pun ada bila terkenangkan family di Malaysia. Apa-apa pun raya kena teruskan..haha. Sehari sebelum raya, housemate aku ajak aku pegi Karak (bukan lebuhraya karak) untuk mencari butang coz baju melayu die xada butang. Aku pun on jer coz aku pun nak cari balang untuk ‘my babe’.

My Babe (Biskut Afghan)

Apabila sampai saja di Karak kami berdua terus mencari kedai yang ada menjual butang. Apabila masuk dalam kedai tuh bukan setakat butang & benang, segala pinggan mangkuk bagai pun dia jual. Madd pun terus mencari butang yang bersesuaian dengan baju melayu teluk belanganya. Apabila kami ingin membeli butang tersebut, tokey arab mula memperlihatkan wajah peliknya dan mula berkata “butang nih untuk perempuan”, kami pun senyum dan terus membayar (arab xpaham budaya melayu). Selesai mencari butang kami pun terus mencari balang kuih, lampu lip lap & gelas, bukannya rumah aku xada gelas cuma gelas aku semuanya sumbing..haha..xkan nak jamu tetamu yang datang dengan gelas yang sumbing.

Selesai shopping di Karak dan jumlah keseluruhan untuk semua barang hanyalah JD5 sahaja bersamaan dengan RM25..haha..dibahagi pula kepada 2 so aku & madd hanya mengeluarkan JD2.5 seorang bersamaan RM12.50..haha. First time shopping raya sebanyak RM12.50, selalunya kalau shopping raya di Malaysia hampir mencecah RM500.

Hari terakhir ramadhan di sini memang meriah. Semua arab keluar untuk mencari barang persiapan sebelum menjelangnya syawal pada keesokan harinya, sampai jammed jalan di mu’tah tapi bila tibanya 1 syawal bagaikan tiada perayaan menyambut hari kemenangan Islam. Yang kelihatan hanyalah warna-warni pelajar Malaysia keluar mencari open house..haha.

Selesai solat sunat Aidilfitri di masjid, aku & madd serta ahli Bayt Pulau Chondong terus menuju ke rumah aku. Bukannya aku buat open house sebab aku & madd memang xmasak apa-apa pun tapi nasib baik lah ada biskut yang aku buat, bolehlah nak jamu tetamu (my babe is my saviour).

Aku, madd & Ahli Bayt Pulau Chondong

Selesai di rumah, aku & madd terus menuju ke Bayt Anggun iaitu rumah kak sha. Alhamdulillah rumah kak sha jamu lontong. Credit to kak sha & patik (minta-mintalah kak sha baca entry nih, boleh dia jamu lontong lagi) haha. Sebelum asar kami dijemput ke Bayt Ridzuan oleh anies & aza. Waktu inilah first time aku tengok satay xberlidi..haha. Aku pun mula confius (dalam hati bertanya bagaimana nak bakar satay kalau sataynya xberlidi?). Memang magiclah satay nih..haha..rupa-rupanya satay tuh digoreng, bukannya dibakar. Anyway satay tuh dan lauk-lauk yang lain memang sedap. Credit to anies & aza. Disebelah malam pula kami ke Bayt Pulau Chondong untuk melantak satay berlidi plak..haha..enjoy your raya guys.

9 September 2010

::Kullu Am Wa Antum Bikhair::

Dikesempatan syawal yang bakal menjelma pada esok hari aku nak minta maaf kepada semua yang mengenali diri aku ini especially my beloved family, my MAMA Hanim Binti Mohamed Alias. My sisters : Fatin Nadia, Ainaa Syafiqah, Awatif Nazurah & Irsalina Syaza (sorry coz abang tak boleh nak bagi duit raya..haha). Saudara sebelah Mama (from the 1st) : maklong, makngah & pakngah, makteh, ude, achik, aunty & uncle. Sebelah my late father : maklong, maknyah & pakngah, mak itah, makyah, pakjak & mak iti, pak ein & makcik munah, pakcai & acik sari, pakwit & makcik enot and all my cousins. Tak dilupakan pada rakan-rakan seperjuangan & guru-guru di Tadika ISLAM Sungkai, Sekolah Kebangsaan Sungkai, Sekolah Menengan Ma'ahad Al-Abbasiah, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin aka Universiti Darul Iman Malaysia aka Universiti Sultan Zainal Abidin, Mu'tah University (Jordan). Akhir kalam dari saya eid mubarak, kullu am wa antum bikhair.

8 September 2010

::Zakat Fitrah::

Ibnu Umar meriwayatkan: “Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.” (HR Muslim)

Imam mazhab (Malik , Syafie dan Ahmad) mengatakan zakat fitrah hendaklah dibayar dengan makanan kecuali imam Abu Hanifah.

Walau bagaimana pun kebanyakan ulama Muhaqqiqin / Mutaakhirin yang mengatakan harus mengeluarkan zakat fitrah dengan duit atas alasan lebih memudahkan dan sesuai di zaman sekarang dan lebih praktikal seperti antaranya kata-kata :

1. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya Fiqhuz Zakat dengan katanya , keharusan mengeluarkan zakat dengan duit adalah lebih menepati kehendak semasa dan dapat memberikan kemudahan kepada fakir miskin.

2. Dr. Mutafa al-Khin dan Dr. Mustafa al-Bugha juga menjelaskan dalam kitab mereka al-Fiqh al-Manhaji “Tidak mengapa pada zaman ini untuk kita mengikuti pandangan mazhab Hanafi dalam masalah ini iaitu keharusan membayar zakat fitrah dengan wang kerana ia lebih mendatangkan manfaat kepada orang fakir dan lebih dekat kepada tujuan yang ingin dicapai…”

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah dan memerintahkan agar ia dibayar sebelum solat Aidil Fitri. [HR al-Bukhari]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa dari perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, dan sebagai makanan untuk orang miskin. Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidil Fitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah) baginya. Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidil Fitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa. [HR Abu Daud]