



Dengan Senyuman Dunia Menjadi Indah




Assalamualaikum & halulu guys. Semalam si fikri aka housemate aku xsihat sangat, dua tiga hari sebelum nih dia xlalu nak makan sangat, kalau tidur pun asyik terjaga jer so dia request kat aku yang dia nak makan sup ayam. So aku pun google la resepi sup ayam walaupun orang lain kata
“eley, senang sangat buat sup ayam, buat apa nak google resepi”.
Tapi hakikatnya aku xpernah lagi masak sup ayam sebab sup ayam bukanlah makanan favourite aku. Waktu aku tengah google tuh jumpa la satu resepi yang aku rasa cara masaknya agak lain sikit. Selalunya yang aku tengoklah, orang akan tumis bahan rempah lepas tuh baru masuk bahan yang lain, resepi yang aku jumpa nih pula suruh rendam bahan rempah dalam air panas sehingga air tuh suam lepas tuh toskan bahan rempah tuh, lepas tos tuh baru tumis bahan rempah yang telah direndam tadi dengan bawang yang dah dicincang.
Dan bila aku tengok komen pada resepi tuh semua tulis yang cara nih memang sedap gila & terus membuatkan aku teruja untuk masak sup ayam walaupun sebenarnya aku xminat sup ayam -__-“
Dan bila sudah siap masak ternyata sup ayam yang aku buat memang sedap, bukan aku yang cakap tapi housemate aku yang cakap, tapi xtahulah kalau diorang just nak ambil hati aku jer, huhu, tapi bagi aku memang sedap lar sebab banyak kali gak aku tambah makan (padahal lapar time tuh). So pada korang yang nak try aku dah sediakan resepi & cara masak kat bawah nih, selamat mencuba (^^,)
p/s : sorry sebab gambar xada, ini kerana lepas siap jer aku masak semua terus serbu meLANTAK.
Bahan-bahan ( 8org )
· 1 ekor ayam potong 16
· 1 labu bwg merah
· 2 ulas bwg putih
· 1 inci halia
· sebatang kulit kayu manis
· 4 kuntum bunga cengkih
· 2 kuntum bunga lawang
· 3 iji buah pelaga
· 2 bj kentang
· 1 btg lobak
· 1 mangkuk air panas br masak
· lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
· daun sup, daun bawang goreng
1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6
3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda
7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang
Assalamualaikum guys, aku baru jer sambut birthday aku yang ke 25 pada tarikh 13 Mei baru2 nih & juga menyambut ulangtahun perkahwinan mama & arwah bapak pada tarikh yang sama gak. Dah tua aku nih wey, kalau ikutkan dah boleh buat sambutan jubli perak -__-“. Anyway thanks aku ucapkan pada semua member yang wish birthday aku xkiralah yang wish awal atau lambat, aku xkisah, dah cukup bagi aku korang wish walaupun lambat, tuh tandanya korang ingat pada aku, huhu.
Aku just nak bagi peringatan kat korang lar walaupun kita semua happy bagai nak ghak dunia nih sambut birthday siap buat birthday prank lagi, baling2 telur, baling2 tepung, calit2 krim kek kat muka, lepas tuh bergambar sakan siap pose bagai lagi, ada yang terkangkang ada yang terkepit, ada pula yang buat muka ala2 cute & comel, padahal aku pun buat gak -__-“ tapi kita kena ingat bertambahnya umur maka bertambah dekatlah kematian. Seram pula aku tulis macam nih, naik bulu roma wey.
Dalam kita happy2 tuh at least fikir apakah cukup ibadah yang kita dah buat sepanjang setahun, apa pencapaian yang kita dapat, apakah dosa kelmarin sudah ditebus & kita muhasabah agar hidup yang akan datang sentiasa dalam redhaNYA + happy (^^,)
Sebut pasal happy nih memang aku happy sambut birthday yang ke 25 nih sebab dapat hadiah, hehe, bayangkanlah 25 tahun aku hidup kat bumi inilah 1st time dapat hadiah. Bukan xpernah dapat sebelum nih tapi selalunya akan dapat kek, xpernah lagi dapat benda selain daripada kek. Kalau kat Malaysia tuh sama ada mama buat kek atau beli kek kat kedai jer, really miss my mom’s homemade cake walaupun kek yang mama buat xada krim & hiasan bagai T__T


Salam guys, hope korang semua sihat2 belaka. Kali nih aku nak kongsi dengan korang cara2 bagaimana untuk menghafal sesuatu dengan lebih berkesan & cepat. Kita sebagai manusia nak atau xnak kena menghafal especially kalau kita student & tengah muda lagi bak kata orang2 tua “time muda lar hafalan senang masuk”, ada yang menghafal 30 juzuk Al-Quran, kalau xpun mungkin hafal surah2 yang penting yang kebiasaanya dibaca di dalam solat, kalau student pula kena hafal fakta atau formula2 tertentu.
So untuk memudahkan korang yang nak menghafal, aku ada method menghafal yang super awesome nih. Method nih dicipta oleh housemate aku si fatin baru2 nih & sesuai digunakan pada waktu exam. Bila aku tengok method yang dia amalkan memang agak terkejutlah sebab cara dia yang agak unik & otak xakan tension kalau amalkan method nih. Cara2 dia ada kat dalam video bawah nih so selamat mencuba, haha.
