Follow Me!!!

11 November 2012

Sleeping Beauty


Tak ada kerja lain so snap gambar dia and upload dalam blog, hahaha. (nama dia Nik Zaim)

Review : Istanbul Aku Datang


Bangun jer pagi nih tiba2 member call, dia cakap nak belanja aku tengok wayang cerita melayu dengan syarat ambil dia kat office. Aku ok jer walaupun aku tak layan sangat film melayu (tak layan sebab banyak sangat benda merapu) asalkan FREE!!! hahaha.

Aku pun ambil member tadi kat office dan terus pecut ke mid valley coz tayangan start 5.45 petang. Aku tengok movie nih pun sebab lisa surihani yang berlakon, eventhough lisa dah kahwin tapi dia tetap cute, hehe, so aku pun layan movie tadi sampai habis. First word that come into my mind bila dah habis ialah BEST!! so nih pendapat aku tentang movie nih :

1. Jalan cerita dia best dan kelakar and aku suka tengok Lisa Surihani pakai skirt, stoking & high heels so best compliments to wardrobe unit.

2. Part yang aku tak suka bila lisa nak hug tomok and then tomok cakap jangan hug depan orang ramai coz dekat situ negara Islam, HELLOOO, Malaysia nih bukan negara Islam ke???

3. Part lisa buat assume beto GAY padahal mamat tuh straight memang tepat dengan istilah "Don't judge the book by its cover"

4. Jalan cerita dia memang menggambarkan situasi remaja di malaysia sekarang yang kebanyakkannya tak kisah duduk serumah campur lelaki dan perempuan.

5. Last sekali part PENGOMEN blog lisa, ada perempuan dan pondan, sumpah lawak gila, hahaha.


10 November 2012

Wedding Ex Boss

hehehe...nampak x muka aku???


26 September 2012

1st time ever


22 June 2012

3 Perkataan yang ditunggu oleh setiap WANITA


19 June 2012

Ustaz Akiey tuhh

Ustaz Akiey sedang menerangkan sesuatu pada ibu pelajar Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah. Kemah keming Ustaz Akiey


5 February 2012

7 cara kempiskan perut buncit

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai.

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa.

Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan garam dalam makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk.

4. Makan makanan yang penuh serat.

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini.

5. Kesan pengambilan ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

Selamat mencuba!

1 December 2011

Bandar Pencungkil Gigi













31 October 2011

Lagu untuk Awak



Adele - Someone Like You lyrics | LyricsMode.com

21 October 2011

Anak Murid I okek!!


1 Saidina Uthman

From right : Afdlin, Luqman, Syakir, Idzham, Adam & Farid

p/s : nih bukan anak murid aku tapi nih anak murid USTAZ Lutfy.

2 October 2011

Awak~

Awak, walaupun saya tahu awak tawarkan bahu awak untuk saya mengadu segala cerita dan permasalahan tetapi percayalah bahawa banyak lagi cerita yang saya tidak beritahu pada awak. Semoga apa yang saya luahkan hari ini akan menjadi tatapan awak di sana nanti.


Awak, ketahuilah bahawa tiada orang lain selain awak yang bertakhta di hati ini. Awak yang membuka pintu hati saya disaat hati saya tertutup untuk orang lain. Walaupun saya tahu saya nih ibarat kekasih gelap tapi saya tak kisah, cukup bagi saya tahu yang awak sayang saya seadanya.

Awak, saya pernah bermimpi yang keluarga awak mengetahui hubungan kita kemudian mereka datang pada saya dan minta saya jauhkan diri saya dari awak. Keesokannya seharian saya menangis kerana takut mimpi itu menjadi kenyataan.

Awak, saya masih ingat lagi kenangan terakhir kita bersama di stesen pudu. Awak pergi meninggalkan saya dengan senyuman dan saya balas senyuman itu dengan air mata kerana saya ingat itulah kali terakhir saya boleh melihat senyuman awak tetapi akhirnya saya dapat peluang kedua untuk melihat awak buat kali terakhir di KLIA. Saya masih lagi ingat warna baju yang awak pakai dan saya masih simpan di hati kata-kata semangat yang awak berikan pada saya. Selepas awak check-in, saya menangis di dalam train sehinggalah saya sampai di rumah.

Awak, saya berharap apabila awak pulang satu hari nanti awak masih sayangkan saya walaupun sayang itu tidak seperti dulu lagi dan saya akan letak awak di hati ini buat selamanya.

Yang mencintai awak,
SAYA


p/s: cerita di atas nih diceritakan dari kawan aku yang amat menyayangi kekasih hatinya.

30 September 2011

I'm so sorry

Salam guys. Lama gila kot aku tak updatekan, well kind a busy actually. Maklumlah nak prepare balik malaysia, packing barang, beli souvenir lagi. Bila dah sampai malaysia busy pula dgn tunang and kahwin member, lepas tuh nak cari kerja lagi. Memang tak menang tangan la. Sekarang ni pun baru ada masa nak update blog. Well nak tulis panjang-panjang pun malas coz layan internet dalam hanset. Kalau ada masa lagi aku cerita erk and sorry guys. Muahxxxxxxxxxxxxx

13 August 2011

The Duchess


This new entry is not about Fergie’s album “The Duchess” but it’s about Maria del Rosario Cayetana Alfonsa Victoria Eugenia Francisca Fitz-James Stuart y de Silva (yes!, that's one name okeyyyy) is one of the wealthiest women in all of Spain. She is worth somewhere between $850 million and $5 billion, but not for long. The Duchess of Alba, 85, is giving it all away so she can marry the man she loves.

This sounds to me like a plot to the latest Nicholas Sparks novel, but I’m assure you, this is nonfiction to the core. So, why is she giving her vast fortune away? The duchess's six children were dubious about their mother's plans to marry Alfonso Diez, a civil servant who is 24 years younger.

To help assuage their fears that the love may not be genuine, the duchess is going to give her fortune to her children. According to an article from BBC, the duchess's six children had been against the wedding. Earlier this year, the duchess remarked, "Alfonso doesn't want anything. All he wants is me."

Not surprisingly, news of the impending wedding sparked a flurry of web searches. Online lookups for "duchess marries" and "spain duchess fortune" were both incredibly popular, as computer users have sought the scoop on the unlikely love story.

The duchess's children were all from her first marriage to Pedro Luis Martinez de Irujo y Artazcoz, son of the Duke of Sotomayor. He died in 1972. The duchess remarried in 1978 to a onetime Jesuit priest named Jesus Aguirre y Ortiz de Zarate. He passed away in 2001. The duchess has been friends with Diez for several years. In fact, there were rumors of a wedding in 2008, but nothing occurred after the children "vetoed" the idea of marriage.


No word on whether the duchess's children and grandchildren intend to be on hand for the ceremony. She likes to point out that each of her kids is divorced, even though she has never split up with any of her husbands. According to the UK Guardian, the duchess has given her children and eight grandchildren "a PALACE each." That ought to keep them quiet.

11 August 2011

My Wishlist

Dari dulu lagi aku cari spek tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Well, aku nak cari macam dalam gambar kat atas nih (Ray Ban Aviator), kalau tak ada aviator dapat wayferer pun jadilah.


Aku dah lama cari jam tali kulit tapi payah nak jumpa kat jordan nih, kalau ada pun mahal & time tuh duit pulak tarakkk. Time aku FBwalking terjumpa pulak member aku yang jual jam & gambar di atas merupakan favourite aku (Tag Heuer Monaco Calibre 36). Balik Malaysia terus angkat..hehe


Handphone kesayangan aku yang sekarang nih (Motorola KRZR K1) dah gila sikit. Kadang-kadang off sendiri (macam ada HANTU pulak duduk dalam tuh). Bateri pun dah tak tahan lama so memang dia minta ganti yang lain ler tuh. So kebanyakkan member aku cadangkan Blackberry aka BB tapi aku still confius sama ada nak angkat BB Bold or BB Curve, any idea guys?


Ipad nih still dalam keraguan lagi sama ada perlu atau tidak sebab aku dah ada netbook . Kalau nak ikut kata hati memang suruh beli coz zaman sekarang nih mana ada orang masuk cafe bawa netbook, semua bawa ipad or playbook (kalau nak ikut trend la). Kalau ikut kata otak pulak tak payah ngada2 nak beli coz netbook still boleh pakai, banyak lagi benda lain yang boleh dibeli, huhu.


Kalau part fashion nih memang aku punya passion dari kecil lagi, tak dapat dinafikan lagi. Kalau tengok trend sekarang lelaki mesti ada beg khas untuk travel atau senang cerita balik kampung lar, yang atas nih memang buat mata aku terbeliak, oak silky snake print Mulberry bag (tengok harga pun terbeliak okek).


Setiap orang mesti nak ada kenderaan sendiri kan, senang sikit nak berjalan, tak perlu bergantung pada orang lain. Well my dream car ialah Mini Cooper sebab ia stylish, cute & sesuai untuk orang bujang macam aku nih (10 tahun akan datang belum tentu boleh beli lagi). Tapi bila dah kahwin beranak 10, alamatnya kena jual la Mini Cooper nih.


Last but not least, must have nice & warm house untuk diri kita sendiri & juga untuk pasangan kita sebab hidup berpasangan nih lama bukannya sekejap yer.

10 August 2011

Wordless Wednesday #3


16 July 2011

Ayam Masak Tomato


Assalamualaikum guys, baru2 nih aku ada buat ayam masak tomato resepi mama aku. Nak kata tip top tuh taklah sangat sebab aku yang masakkan, aku taklah sehebat mama aku dalam bidang masakan nih.

Merendah diri la pulak -__-“

Well, nak buat ayam masak tomato nih memang senang jer, bahan dia mudah, cara masak mudah & nak melantak bagi habis pun mudah. 1st kita tengok bahan2 dia dahulu :

Nasi

Beras yang telah dibasuh & ditoskan

1 biji bawang besar (dihiris)

3 kupas bawang putih (dihiris)

1 Kulit kayu manis

2 Bunga lawang

4 Bunga cengkih

4 Buah pala

Air santan

Lauk Ayam

1 ekor ayam

20 sen cili boh (boleh didapati di mana2 kedai berdekatan)

6 sudu besar tomato puree

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

Kiub ikan bilis

Garam secukup rasa

Cara memasak nasi :

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih bersama sehingga naik bau wangi.

2. Kemudian masukkan air santan & kacau bersama bahan tumis. Selepas itu masukkan beras yang telah ditoskan tadi & biarkan sehingga masak.

Cara memasak lauk ayam :

1. Mula2 tumis cili boh sehingga naik bau wangi & pecah minyak, kemudian masukkan ayam, gaulkan ayam bersama bahan tumis & biarkan selama 10 minit.

2. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, tomato puree, sos cili, sos tomato & serbuk kunyit, selepas itu gaul rata bahan2 tadi & biarkan sehingga menggelegak.

3. Kemudian masukkan kiub ikan bilis & garam secukup rasa, jika ingin lebihkan kuah maka tambah sedikit air.

p/s : kepada yang duduk di Jordan dah tahukan kiub ikan bilis tak ada & sos cili pulak mahal so kita ganti dengan kiub ayam & sos tomato (maksudnya sos tomato 6 sudu besar)

Selamat mencuba ;p

13 July 2011

Calon Pilihanraya BKAPJ 2011


p/s : Ada perubahan pada kerusi Timb. Yang Dipertua iaitu saudari Ainul Rasyiqah Binti Sazaly diganti dengan saudari Nur Hidayatul Aisyah Binti Mohd Nor Adzman. Selamat berkempen pada semua ahli BKAPJ

8 July 2011

I Love Mike Tompkins

Dia nih memang terbaiklah, buat muzik pakai suara & mulut jer. Banyak lagi video dia yang lain & kalau korang nak tengok boleh pergi channel youtube milik dia pbpproductions. So enjoy “Rolling In The Deep” A Capella Cover by Mike Tompkins.


Wordless Wednesday #2 - Menyelam











6 July 2011

Wordless Wednesday #1 - Kedamaian untuk Palestin