Follow Me!!!

11 August 2011

My Wishlist

Dari dulu lagi aku cari spek tapi sampai sekarang tak dapat lagi. Well, aku nak cari macam dalam gambar kat atas nih (Ray Ban Aviator), kalau tak ada aviator dapat wayferer pun jadilah.


Aku dah lama cari jam tali kulit tapi payah nak jumpa kat jordan nih, kalau ada pun mahal & time tuh duit pulak tarakkk. Time aku FBwalking terjumpa pulak member aku yang jual jam & gambar di atas merupakan favourite aku (Tag Heuer Monaco Calibre 36). Balik Malaysia terus angkat..hehe


Handphone kesayangan aku yang sekarang nih (Motorola KRZR K1) dah gila sikit. Kadang-kadang off sendiri (macam ada HANTU pulak duduk dalam tuh). Bateri pun dah tak tahan lama so memang dia minta ganti yang lain ler tuh. So kebanyakkan member aku cadangkan Blackberry aka BB tapi aku still confius sama ada nak angkat BB Bold or BB Curve, any idea guys?


Ipad nih still dalam keraguan lagi sama ada perlu atau tidak sebab aku dah ada netbook . Kalau nak ikut kata hati memang suruh beli coz zaman sekarang nih mana ada orang masuk cafe bawa netbook, semua bawa ipad or playbook (kalau nak ikut trend la). Kalau ikut kata otak pulak tak payah ngada2 nak beli coz netbook still boleh pakai, banyak lagi benda lain yang boleh dibeli, huhu.


Kalau part fashion nih memang aku punya passion dari kecil lagi, tak dapat dinafikan lagi. Kalau tengok trend sekarang lelaki mesti ada beg khas untuk travel atau senang cerita balik kampung lar, yang atas nih memang buat mata aku terbeliak, oak silky snake print Mulberry bag (tengok harga pun terbeliak okek).


Setiap orang mesti nak ada kenderaan sendiri kan, senang sikit nak berjalan, tak perlu bergantung pada orang lain. Well my dream car ialah Mini Cooper sebab ia stylish, cute & sesuai untuk orang bujang macam aku nih (10 tahun akan datang belum tentu boleh beli lagi). Tapi bila dah kahwin beranak 10, alamatnya kena jual la Mini Cooper nih.


Last but not least, must have nice & warm house untuk diri kita sendiri & juga untuk pasangan kita sebab hidup berpasangan nih lama bukannya sekejap yer.

2 comments:

huda omar said...

tertarik dgn 10 anak tu..hahaha~

izzysabki said...

amboih....beg 2 aku tgk dah mcm beg pompuan je:D

Post a Comment