Follow Me!!!

16 July 2011

Ayam Masak Tomato


Assalamualaikum guys, baru2 nih aku ada buat ayam masak tomato resepi mama aku. Nak kata tip top tuh taklah sangat sebab aku yang masakkan, aku taklah sehebat mama aku dalam bidang masakan nih.

Merendah diri la pulak -__-“

Well, nak buat ayam masak tomato nih memang senang jer, bahan dia mudah, cara masak mudah & nak melantak bagi habis pun mudah. 1st kita tengok bahan2 dia dahulu :

Nasi

Beras yang telah dibasuh & ditoskan

1 biji bawang besar (dihiris)

3 kupas bawang putih (dihiris)

1 Kulit kayu manis

2 Bunga lawang

4 Bunga cengkih

4 Buah pala

Air santan

Lauk Ayam

1 ekor ayam

20 sen cili boh (boleh didapati di mana2 kedai berdekatan)

6 sudu besar tomato puree

3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar sos cili

1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

Kiub ikan bilis

Garam secukup rasa

Cara memasak nasi :

1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pala, hirisan bawang besar & hirisan bawang putih bersama sehingga naik bau wangi.

2. Kemudian masukkan air santan & kacau bersama bahan tumis. Selepas itu masukkan beras yang telah ditoskan tadi & biarkan sehingga masak.

Cara memasak lauk ayam :

1. Mula2 tumis cili boh sehingga naik bau wangi & pecah minyak, kemudian masukkan ayam, gaulkan ayam bersama bahan tumis & biarkan selama 10 minit.

2. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, tomato puree, sos cili, sos tomato & serbuk kunyit, selepas itu gaul rata bahan2 tadi & biarkan sehingga menggelegak.

3. Kemudian masukkan kiub ikan bilis & garam secukup rasa, jika ingin lebihkan kuah maka tambah sedikit air.

p/s : kepada yang duduk di Jordan dah tahukan kiub ikan bilis tak ada & sos cili pulak mahal so kita ganti dengan kiub ayam & sos tomato (maksudnya sos tomato 6 sudu besar)

Selamat mencuba ;p

5 comments:

ibn suhaimi™ said...

salam ziarah...

Amboi selera giler nampaknya...adehh hantar jiran atas cikit yer anan...

USAH jemu menulis taww

Anan Hanan said...

hari tuh semua bdk JIM turun mkn..firdaus jer yg xde..huhu

huda omar said...

ssooo sedaaapppp! hahaha

Anan Hanan said...

pe lg..msk ar kalo sedap..huhu

Anonymous said...

goreng pon sodap:D

Post a Comment