Follow Me!!!

18 May 2011

Ayam Masak Sup, eh??

Assalamualaikum & halulu guys. Semalam si fikri aka housemate aku xsihat sangat, dua tiga hari sebelum nih dia xlalu nak makan sangat, kalau tidur pun asyik terjaga jer so dia request kat aku yang dia nak makan sup ayam. So aku pun google la resepi sup ayam walaupun orang lain kata

“eley, senang sangat buat sup ayam, buat apa nak google resepi”.

Tapi hakikatnya aku xpernah lagi masak sup ayam sebab sup ayam bukanlah makanan favourite aku. Waktu aku tengah google tuh jumpa la satu resepi yang aku rasa cara masaknya agak lain sikit. Selalunya yang aku tengoklah, orang akan tumis bahan rempah lepas tuh baru masuk bahan yang lain, resepi yang aku jumpa nih pula suruh rendam bahan rempah dalam air panas sehingga air tuh suam lepas tuh toskan bahan rempah tuh, lepas tos tuh baru tumis bahan rempah yang telah direndam tadi dengan bawang yang dah dicincang.

Dan bila aku tengok komen pada resepi tuh semua tulis yang cara nih memang sedap gila & terus membuatkan aku teruja untuk masak sup ayam walaupun sebenarnya aku xminat sup ayam -__-“

Dan bila sudah siap masak ternyata sup ayam yang aku buat memang sedap, bukan aku yang cakap tapi housemate aku yang cakap, tapi xtahulah kalau diorang just nak ambil hati aku jer, huhu, tapi bagi aku memang sedap lar sebab banyak kali gak aku tambah makan (padahal lapar time tuh). So pada korang yang nak try aku dah sediakan resepi & cara masak kat bawah nih, selamat mencuba (^^,)


p/s : sorry sebab gambar xada, ini kerana lepas siap jer aku masak semua terus serbu meLANTAK.


Bahan-bahan ( 8org )

· 1 ekor ayam potong 16

· 1 labu bwg merah

· 2 ulas bwg putih

· 1 inci halia

· sebatang kulit kayu manis

· 4 kuntum bunga cengkih

· 2 kuntum bunga lawang

· 3 iji buah pelaga

· 2 bj kentang

· 1 btg lobak

· 1 mangkuk air panas br masak

· lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam

· daun sup, daun bawang goreng


1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6

3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.

4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit

5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda

7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang




2 comments:

Mengenal Tuhan said...

yeyyyy2..bru berhajat nk msk sup..skali jmpe menu terbaru la plak kan..hahahahaa..good job lorr!!!~~

Anan Hanan said...

bile dah siap msk tuh jgn lupe hntr ke Kamar Seni yer..huhu

Post a Comment