Follow Me!!!

2 October 2011

Awak~

Awak, walaupun saya tahu awak tawarkan bahu awak untuk saya mengadu segala cerita dan permasalahan tetapi percayalah bahawa banyak lagi cerita yang saya tidak beritahu pada awak. Semoga apa yang saya luahkan hari ini akan menjadi tatapan awak di sana nanti.


Awak, ketahuilah bahawa tiada orang lain selain awak yang bertakhta di hati ini. Awak yang membuka pintu hati saya disaat hati saya tertutup untuk orang lain. Walaupun saya tahu saya nih ibarat kekasih gelap tapi saya tak kisah, cukup bagi saya tahu yang awak sayang saya seadanya.

Awak, saya pernah bermimpi yang keluarga awak mengetahui hubungan kita kemudian mereka datang pada saya dan minta saya jauhkan diri saya dari awak. Keesokannya seharian saya menangis kerana takut mimpi itu menjadi kenyataan.

Awak, saya masih ingat lagi kenangan terakhir kita bersama di stesen pudu. Awak pergi meninggalkan saya dengan senyuman dan saya balas senyuman itu dengan air mata kerana saya ingat itulah kali terakhir saya boleh melihat senyuman awak tetapi akhirnya saya dapat peluang kedua untuk melihat awak buat kali terakhir di KLIA. Saya masih lagi ingat warna baju yang awak pakai dan saya masih simpan di hati kata-kata semangat yang awak berikan pada saya. Selepas awak check-in, saya menangis di dalam train sehinggalah saya sampai di rumah.

Awak, saya berharap apabila awak pulang satu hari nanti awak masih sayangkan saya walaupun sayang itu tidak seperti dulu lagi dan saya akan letak awak di hati ini buat selamanya.

Yang mencintai awak,
SAYA


p/s: cerita di atas nih diceritakan dari kawan aku yang amat menyayangi kekasih hatinya.

6 comments:

huda omar said...

waahhhh; heee~

Anan Hanan said...

npe huda??

hana salleh said...

wah,so sweet la beruang :)

huda omar said...

cooomeeyy~ haha

Anan Hanan said...

hana salleh : pe yg sweetnyer?? entri or beruang?? haha.. huda : huda comey agi..haha

Anonymous said...

eleh..diceritakan oleh orang lain konon..hahah..nak cover la 2..jiwang jgk rupanya beruang ni:D

Post a Comment